BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 16, 2009

Too Late..

Ini merupakan sebuah kisah yang mungkin akan
membuatkan anda melihat betapa pentingnya kita
hidup seolah-olah setiap hari merupakan yang
terakhir buat kita...

Ada seorang pemuda yang dilahirkan dengan
penyakit kanser yang tiada penawarnya. Kita
namakannya sebagai A. Dia kini berusia 17 tahun
dan dijangka menghembuskan nafasnya yang
terakhir bila-bila masa sahaja. Disebabkabn oleh
keadaannya itu, dia hanya terperuk di rumahnya,
di bawah penjagaan ibunya. Pada suatu hari, dia
membuat keputusan untuk melihat dunia luar
setelah sekian lama. "Sekali pun, cukuplah atau
mungkin ini yang terakhir, tidak mengapa," kata
hatinya. Setelah memaklumkan kepada ibunya
dan ibunya bersetuju. A tidak pergi jauh, hanya
berjalan sekitar deretan kedai berhampiran
rumahnya.

Tiba-tiba A berhenti di hadapan sebuah kedai
muzik. Seraya dia menjengukkan kepalanya ke
dalam, A terpandangkan seorang gadis yang
sungguh cantik, lebih kurang sebaya dengan
umurnya. Mungkin inilah yang dinamakan cinta
pandang pertama. Kaki A terus melangkah masuk.

Dia terus maju ke kaunter di mana gadis itu
sedang berdiri. Si gadis melemparkan senyuman
yang sungguh manis kepada A sambil
bertanya: "Boleh saya bantu?". Di dalam kepala A
hanya ada senyuman paling manis pernah
dilihatnya selama 17 tahun ini. A tergamam buat
seketika sebelum menjawab dengan nada suara
yang agak bergetar (gagap): "Saya nk beli CD".

Tangannya pantas mengambil sekeping CD yang
sempat tercapai oleh tangannya. Dia kemudiannya
menyeluk saku mengeluarkan wang utk
bayaran. "Awak nak saya balut ke?" soal gadis tu
lg bersama senyuman yg tdk lekang dibibirnya. A
hnya mampu mengangguk. si gadis meminta diri
tuk ke bilik belakang. Sekali lg A menganggukkn
kepalanya. Sejak hari itu, saban hari A akan
berkunjung ke kedai tersebut. Dan setiap hari itu
jugalah, dia akan membeli CD yg dibalut cantik
oeh gadis itu. A pula, sekembalinya ke rumah
tidak pernah membuka CD-CD yg dibelinya itu dan
hanya menyusun di atas rak.

Lagipun, CD-CD tersebut cuma alasan A untuk
bertemu gadis itu. A seorang anak muda yang
sangat pemalu. Walaupun dia mencuba sedaya
upaya untuk memberanikan diri mengajak si gadis
keluar, namun lidahnya kelu. Ibu A perasan dgn
apa yg berlaku dan sentiasa memberikannya
galakan.

Pada suatu hari, A nekad. Seperti biasa, dia
keluar ke kedai muzik itu dan membeli Cd dan si
gadis akan membalutnya cantik-cantik. semasa si
gadis sedang sibuk membungkus Cd tersebut di
bilik belakang, A meninggalkan nmbr telefon di
atas kaunter sebelum cepat-cepat keluar dari situ.

Keesokan harinya, A tidak bertandang ke kedai
seperti kebiasaannya. Lantas, si gadis cuba
menghubungi menggunakan nombor telefon yg si
A tinggalkan semalam.Si ibu yg menjawab
pnggilan itu. Gadis penjual Cd di kedai muzik! Si
gadis meminta utk bercakap dgn anak lelakinya
dan si ibu mula menangis.
Gadis itu bertanyakan apa yg telah
berlaku? "Tidakkah kamu tahu, dia telah
meninggal dunia semalam?" Untuk sekian lama,
yg ada hanyalah diam yg panjang. Pd sebelah
petangnya, ibu A memasuki bilik anaknya kerana
begitu terkenangkan A. Dia membuka almari dan
terperanjat melihatkan Cd-cd yang berbalut kemas
tnpa satu pn darinya yang dibuka.

Hatinya tertanya-tanya. Dan utk meleraikan
persoalannya itu,ibu membuka salah satu
daripadanya. Sebaik sahaja dia mengoyakkan
balutan itu, si ibu ternampak sehelai kertas kecil
yang diselitkn di dalamnya.

Kertas tersebut tertulis "Hai! awak ni cute lah.
Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itupun kalau
awak sudi. -Sofea"

Si ibu mula meraung setiap kali dia membuka Cd-
cd tersebut, satu demi satu sehinggalah habis
kesemuanya. Tiap satu darinya mengandungi
helaian kertas yg tertulis mesej serupa. "Hai! awak
ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan.
Itupun kalau awak sudi.- Sofea"

Moralnya, begitulah adanya hidup ini. Jangan
tunggu untuk menunjukkan kepada seseorang
yang istimewa apa yg anda rasakan tentangnya.
Kerana esok mungkin sudah terlalu lewat untuk
anda berbuat demikian..

1 comments:

Anonymous said...

Make Money by Making Money From Online Betting
The bookmakers have งานออนไลน์ been operating in this country for decades and have made the transition from traditional betting to online sports betting. You can now take